Tuesday, July 12, 2011

NOVEL TERBARU 'CINTA KEMBALI BERSUJUD'

Novel "CINTA KEMBALI BERTASBIH"
SUDAH TERBIT DAN BERADA DI PASARAN MULAI 17 JULAI 2011
Harga: RM 25.50 / RM 28.50
ISBN-13: 978-967-5783-79-1
Tarikh Terbit: 5 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 736
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd


SINOPSIS

Novel yang menceritakan perjalanan hidup Sofiy ar-Rahman yang merupakan abang kepada Fatimah az-Zahra yang membesar sebagai anak yatim piatu. Selepas kehilangan ibu bapa semasa kecil, Rahman membesar dengan agresif dan baran kerana mahu menjadi pelindung kepada adiknya Fatimah. Sikap samseng Rahman menjadikan pelajar dan guru di sekolah mengenalinya sebagai budak baran.

Selepas dia memasuki sekolah menengah, Rahman mula berubah sikap apabila dia jatuh hati pada seorang gadis bernama Rasima. Malangnya, kawan baik Rahman iaitu Safuan cemburu dan membuat fitnah padanya. Akibat fitnah itu, Rahman tersedar bahawa perjalanan hidupnya masih panjang dan dia mempunyai tanggungjawab terhadap adiknya Fatimah.

Di Kaherah, dia berkenalan dengan seorang dato' yang mempunyai pertalian dengan sejarah hidupnya. Secara tidak langsung dia diperkenalkan kepada anak dato' tersebut iaitu Uswatu 'Ulya yang belajar di Korea Selatan. Selepas pulang ke Malaysia, Rahman bertemu semula dengan watak-watak silam iaitu Rasima dan terhimpit dalam beberapa insiden. Konflik semakin sukar apabila beberapa watak lain muncul dalam hidup Rahman. Bagaimana Rahman mengambil pendekatannya yang dahulunya agresif dalam mendepani semua situasi ini?

9 comments:

Puteri Gunung Ledang said...

Bagus. Banyak nasihat dan tazkirah yang 'terkena'.
Tiada cadangan buat buku motivasi?

A. Ubaidillah Alias said...

Memang sedang merancang nak buat buku motivasi, ada cadangan buku apa?

Nini Hartini said...

Alhamdulillah sudah membaca novel ini sekitar 2 bulan lalu. saya sukakan jalan cerita dan endingnya. nak review novel Cinta Kembali Bertasbih di Blog tapi asyik kekangan masa.

Hari ni berjaya tamatkan membaca Novel Mengintai Cinta Khalifah... Jalan cerita yg padat, berkesan dan menarik...sayangnya, ending bukan yg sy harapkan...

InshaAllah akn beli Cinta Kun Fayakun dan lain2 Novel karya istaz...

- ada ustaz love, ustaz youtube, Cinta Kun Fayakun Ustaz Facebook pulak ke? opsss!

A. Ubaidillah Alias said...

Terima kasih Nini sudi baca. Ustaz memang merancang untuk tampil di youtube. Tapi, sampai sekarang tiada technician yang mampu uruskan. Ustaz tak ada masa, lagipun tak berapa pandai. Kalau ada yang membantu, insya allah akan diuruskan nanti.

amirah faisal said...

Assalamualaikum ustaz...
terima kasih ustaz krana tlh mnulis novel sperti ini yg sarat dgn ilmu dan nasiht... smoga usaha ustaz utk berdkwh akn dpermdhkan Allah.. insya-Allah.. trima ksih ustaz..

YUYU ESUMI ユ ユ 江角 said...

salam..ustaz..

Alhamdulillah bru tamat bc CINTAKEMBALIBERTASBIH.tahniah cerita yang menarik dan memberi pengajaran..

seronok!! sy baca 1 hari...sebab xsabar nak tau kesudahannya..
suka watak sofiy-ar-rahman n uswatul ulya...

uswatul ulya...apa maksudnye yew???

A. Ubaidillah Alias said...

Uswatul ulya : Contoh Ikutan yang Tinggi

Nini Hartini said...

kalau ulya sahaja ada maksud tak? sbb ada yg ckpklu aulia baru ada maksud. saya suka nama ulya, uzma, ulfah, tp x sure ada maksud atau tak.

A. Ubaidillah Alias said...

Ulya berasal dari perkataan a'ala iaitu bermakna TINGGI.