
HARGA RM 12 SAHAJA(Tidak termasuk caj penghantaran). BOLEH TEMPAH DI SINI.KANDUNGAN HIMPUNAN CERPEN "CINTA KUN FAYAKUN"
1) Debu-debu Zitkovac – tersiar dalam Tunas Cipta, Mei 2005
2) Lelaki Tiong Hua – Tersiar di Dewan Siswa, 1hb Februari 2005
3) Tafakur – Tersiar di Majalah I, 1hb September 2006
4) Cinta Kun Fayakun
5) Gadis Bermata Biru – Tersiar di Dewan Siswa, 1 Ogos 2005
6) Salam Nihayah
7) Merdekakan Mutassia – Tersiar di Majalah I, 1hb Februari 2006
8) Tangisan Langkasuka – Tersiar di Dewan Agama & Falsafah, 1hb Jun 2005
9) Protokol Exodus
10) Ratiban Al-Quds
11) Autentik – Tersiar di Majalah I, 1hb januari 2005
12) Lepaskan Tanganku
13) Xeredorma Pigmentosum
Himpunan cerpen-cerpen saya,mempunyai kisah percintaan, perjuangan, kefahaman agama dan konflik perasaan. Memberi pengertian tentang erti kehidupan. Menambahkan makna dan perasaan sebagai insan berjuang. Dapatkan di kedai berdekatan dengan harga RM12. Terbitan Telaga Biru. Boleh dapatkan secara online di pustakaiman.blogspot.com.
**** Petikan GADIS BERMATA BIRU)
“Aku tidak menemukan sesuatu yang agung dari bicaramu sebentar tadi” Spontan aku meluah opini.
“Kamu melihat watak itu sebagai lipurlara atau apa? Dia punya satu nyawa yang telah dicurahkan untuk perjuangan. Dia punya usia yang panjang dan 30 tahun daripadanya telah dihabisi di rimba Kutaraja dan Meulaboh. Aku tidak hairan jika dia lelaki, ternyata dia seorang isteri, ibu dan ketua tentera selepas kematian suaminya. Ketika aku membaca biografinya dalam rekod peperangan Belanda di bumi Jawa, aku mengenalnya. Dia wanita yang miliki jatidiri agung, layak disanjung oleh kaum sejenis termasuk aku.”
“Aku fikir masih ramai lagi watak lain yang boleh kau kagumi selainnya. Jurang waktu sudah meringkuk lama meninggalkan jasadnya di bumi Jawa. Di balik memorial perang dan sejarah Aceh, apakah tiada yang lain setaraf dengannya?” Sengaja aku cetus argumentasi.
“Kau muslim?” Dia bertanya. Aku angguk perlahan.
Dia senyum. Kemudian bibir mungilnya memecahkan ketawa hingga memaksa aku fikir kembali jika tindakanku ada berbaur jenaka. Aku kaku, memandang mata biru Nanda dan lentik keningnya. Dia benar-benar buat aku kangan sendiri. Sukmaku jadi penasaran.
“Hari ini, zaman ini, apakah kau pasti ada wanita sebaiknya dari Asia? Ketika umat Islam cuba memenangi hati orang Barat seperti kami untuk penyesuaian secara liberal. Ketika remaja di Asia, malah di dunia sedang membudayakan hedonisma, mengejar populariti melalui rancangan Idol. Termasuk pemuka agama Islam sendiri, seperti Ameena Wadoud yang menarik media untuk publisitikan agenda solat Jumaat berjemaah di gereja. Dengan situasi umat Islam sebegini, apakah kau fikir ada watak yang boleh menandinginya?”
**** (Petikan Cinta Kun Fayakun)
Mukrim,
Tuhan telah menulis sejalur takdir untuk kita, dan kun fayakun tuhan telah terjadi. Kita dileraikan, tidak bisa bersatu atas nama cinta. Aku mohon maaf di atas segala rasa kecewa yang singgah di hatimu, tidak mampu mengubatinya malah menambah seksa.
Kulitku cengkung dan kering, akibat disihir bapa sendiri. Aku tidak betah berjalan, mencarimu dan memohon maaf di depanmu. Aku tahu, kau menderita. Ku tahu betapa sakitnya dendam rindu yang menikam batini. Tapi, apakan daya, cinta tidak memenangkan segala.
Cinta tak mampu menyatukan kita. Oleh itu, jangan kau hampakan keinginanku untuk melihat kau bahagia. Punya anak-anak dan waris keturunanmu sendiri. Oleh itu kupohon, jangan menunggu di pintu yang sudah lama terkunci, rosak dan tidak bisa dihuni. Sedangkan pintu-pintu lain menanti untuk dibuka, dihuni dan didiami.
DAPATKAN SEKARANG, Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Dapatkan di kedai2 buku bederkatan atau hubungi pustakaiman.blogspot.com.
Mohon promosikan kepada remaja dan pemuda/pemudi kita. :)
Terimas kasih atas sumbangan anda.
0 comments:
Post a Comment