Sunday, October 10, 2010

DIKABUSI RUTIN & DIRENTAN OBLIGASI

Hidup ini kalau sudah punya obligasi yang banyak, maka ia akan merentan jalan kita sebagai penulis. Apabila rutin-rutin bertambah akan menyebabkan ilham kita makin berkabus. Lalu, usaha penulis menjadi kabur dan lembab. Makin panjang usia, makin banyak cerita, makin bertambah kerja. Itulah manusia.

Keluar pagi dan pulang senja. Malam? Sudah tentu saya khususkan masa untuk keluarga. Itupun bukan selalu, kekadang ada jemputan ceramah dan mesyuarat luar. Sekarang saya mahu berkongsi sedikit perkembangan terkini kehidupan saya.



Khadijah Mukhlisah sedang membesar dengan baik. Syukur....alhamdulillah. Dia sudah jadi anak yang aktif. Berceloteh dengan memanggil abah dan mama. Berjalan sambil berpimpinan tangan sampai pusing keliling rumah. Suara nyaringnya membelah suasana sunyi rumah kami.

Isteri saya...sudah beberapa hari lewat kedatangan haid. Mungkinkah hamil lagi? Wallahu a'alam.

Saya? Humm, saya sibuk dengan tugasan pejabat dan kerajaan negeri.

Penulisan? Oh ya, baru2 ini Encik Mior Hashim Manap dayang beraya di rumah. Kami berbincang untuk proses penerbitan filem bagi novel WCBS. Dalam proses penulisan skrip katanya.

Dan saya sendiri sedang menyiapkan sebuah novel baru. Tajuknya SWB. Dan mungkin berubah dengan kehendak penerbit. Ok...itu saja.

Wassalam.

2 comments:

'Aishah Jauhara said...
This comment has been removed by the author.
'Aishah Jauhara said...

Assalamu'alaikum..

Saya sangat suka dan berminat dengan jalan cerita Warkah Cinta Berbau Syurga. Alhamdulillah, ada input dan wasilah yang berguna yang dibawakan oleh Amir Mukhlis.

Saya menunggu pembikinan filem novel ini. Semoga berjaya!