Insya allah, jika tiada aral melintang saya akan ke Kolej Universiti Islam Selangor untuk program bersama mahasiswa di sana. Pihak KUIS menjemput saya ke sana untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Ops! I Fall In Love'.
Saya telahpun membeli dua tiket flight Firfly untuk terbang ke subang pada 15hb Disember. Pada hari itu saya bercadang untuk singgah di Kemilau Publika bagi menandatangani perjanjian penerbitan dua buah buku yang bakal diterbitkan pada tahun depan. Untuk makluman, buku as-Sakinah telahpun ditandatangani pada bulan lepas. Buku as-Sakinah itu akan diterbitkan pada bulan Januari 2010. Kemudian buku 7 Tips Pendakwah Muda & Kompas Cinta akan diterbitkan pada febuari 2010. Dan proses menandatangani perjanjian akan dibuat pada 15hb ini. Insya allah.
Kemudian pada hari rabu iaitu 16hb Disember, saya akan ke KUIS bagi menyampaikan ceramah berkisar percintaan remaja zaman sekarang. Saya tidak ada penetapan bayaran apa-apa, ia bergantung kepada pihak KUIS. Nawaitu saya adalah untuk berkongsi ilmu yang ada di dalam dada. Disamping saya mengambil peluang untuk menziarahi kaum kerabat yang ada di Kuala Lumpur. Lama benar saya tidak ke sana. Rasanya sudah setahun tidak ke Kuala Lumpur.
Semoga perjalanan saya akan mendatangkan manfaat untuk ummah.
Insya allah.
Tuesday, December 01, 2009
Tuesday, November 24, 2009
SEDANG MENYIAPKAN NOVEL KEEMPAT
Puteri sulongku semakin membesar. Sekarang sudah 4.1kg. Dalam masa 40hari dia sudah bertambah daripada 2.9kg kepada 4.1kg. Sudah naik 1kg lebih. Alhamdulillah, tuhan memberikan dia kesihatan dan keadaan yang baik. Syukur sungguh-sungguh.
Sebenarnya aku sendiri sudah kurang ada mood untuk menulis novel. Disebabkan sibuk dengan urusan pejabat + baby + keluarga = penat untuk menulis. Kebetulan pada hari jumaat dua minggu lalu, aku ke tempat kuliah Tuan Guru Dato MB menyampaikan kuliah. Di situ aku terjumpa DVD Ketika Cinta Bertasbih. Langsung aku membelinya.
Setelah pulang, aku menonton bersama isteri tercinta. Secara tiba-tiba semangat menulis itu bertambah. Kini aku sudah kembali menulis novel yang keempat. Sambungan kepada Warkah Cinta Berbau Syurga. Harap dapat siapkan dengan kisah yang lebih baik dari sebelumnya. Bila akan terbit? Wallahu a'alam.
Wassalam.

KHADIJAH SETELAH 20 HARI
Saturday, November 07, 2009
SAAT KELAHIRAN (Bicara yang ditangguhkan)
Saya sering berdoa, ya Allah...aku mahu zuriatku ini lahir pada hari isnin. Kerana itulah hari Rasulullah dilahirkan ke dunia. Pada asalnya due anak saya ialah 2hb November. Saya memeriksa kalender dan ternyata tarikh itu jatuh pada hari isnin. Alhamdulillah...dada saya lega. Namun, takdir Allah mengatasi segala. Pada 11hb Oktober, isteri saya sudah mengalami pendarahan dan doktor mengatakan proses bersalin sudah bermula. Hari itu ialah hari ahad. Dalam diam saya berdoa, ya Allah...lahirkan zuriatku pada hari isnin.
Allah mendengar doaku, isteriku tidak melahirkan pada hari dia dimasukkan ke KBMC. Namun, pada keesokan harinya iaitu pada jam 11.30pagi dia dibawa ke bilik bersalin. Kebetulan hari itu hanya dia seorang sahaja yang berada di bilik bersalin. Selalunya ada dua-tiga orang ibu yang melahirkan dalam satu masa. Tepat jam 1.40 tghr, anak sulong saya dilahirkan. Pada hari isnin iaitu 12 Oktober 2009 bersamaan 23 Syawal 1430 Hijrah.
Sebelum dia dilahirkan lagi, aku telah bermimpi mendapat namanya Khadijah. Sewaktu isteriku baru hamil, nama Khadijah itu sering berlegar-legar dalam fikiranku. Ia juga melengkapi kemahuanku untuk meletakkan nama itu...kerana aku mahu apabila nama isteri tercinta rasulullah dipanggil di padang mahsyar, anakku juga akan turut mengiringi. Aku mahu anakku berbangga apabila di akhirat kelak namanya dipanggil...maka malaikat menyebut 'Nama itu adalah nama perempuan agung'. Insya allah.
Sepanjang isteriku berada di bilik bersalin, aku sentiasa memegang tangannya. Aku berselawat, berzikir dan saat dia mula sakit ketika melahirkan...aku sempat menghabiskan surah yasin. Aku menyaksikan sendiri isteri meneran anak, aku sempat menyaksikan sendiri kepala khadijah keluar dari rahim ibunya. Aku sempat melihat saat tali perutnya dikerat. Selepas dia dibersihkan, aku segera mengiqamatkan anakku. Khadijah Mukhlisah bte A. Ubaidillah.

Buku Yang Bakal Terbit & Baru Submit
Buku saya yang terakhir memasuki pasaran ialah 'Mengintai Cinta Khalifah', ia dipasarkan pada bulan Jun 2009. Itu adalah buku kelima yang memasuki pasaran perdana. Kini saya telah menyiapkan tiga buah manuskrip lagi, dua daripadanya sudah diterima penerbit dan satu lagi baru sahaja disubmit semalam. Harapnya tidak ada masalah dalam penapisan.
Dua manuskrip yang telah diterima penerbit ialah :
1) As-Sakinah (Ketenangan).
2) Tujuh Panduan Pendakwah Muda.
Manakala buku yang baru sahaja disiapkan ialah :
3) 'Kompas Cinta'. (Ia belum lagi dinilai, kerana pihak saya baru sahaja mengirimnya kepada penerbit)
Ketiga-tiga buku ini akan diterbitkan melalui Kemilau Publika, yang dahulunya disebut Anbakri Publika. Iaitu penerbit yang banyak menerbitkan buku-buku Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seandainya ketiga buah buku ini siap diterbitkan dalam tahun ini, bererti saya masih punya dua buah buku untuk disiapkan sebelum berakhir 2010. Itu adalah sasaran saya sebagai penulis 'BARU'. Selepas itu, saya akan melangkah ke genre lain pula...Skrip Drama barangkali. Siapa tahu kan?
Setakat ini saya sudah berkenalan dengan Tiga penerbit. Pertama PTS, di mana saya menerbitkan tiga buah novel melaluinya. Kedua KarnaDya, di mana saya menerbitkan dua buah buku motivasi awal remaja. Ketiga Kemilau Publika, di mana saya bakal menerbitkan tiga buah buku agama untuk panduan muslimin dan muslimat.
Saya tidak tahu mengapa buat masa ini saya lebih mudah menulis buku ilmiah berbanding novel. Mungkin disebabkan kesibukan kerja dan keterbatasan masa menghalang saya daripada berimaginasi. Saya benar-benar kekurangan fantasi untuk mengarang novel. Buat masa ini saya bimbang jika saya menyambung novel 'Warkah Cinta siri 2' akan memberi jalan cerita yang hambar dan kaku.
Saya masih menunggu masa yang sesuai untuk menyiapkan manuskrip novel yang sudah dua bulan tergantung tanpa sambungan. Harapnya, Disember ini akan menjadi bulan bertuah saya dan mampu mencetuskan perasaan romantis kala hujan berguguran. Dari situ saya berharap mendapat ilham yang lebih baik.
Insya Allah.

Thursday, November 05, 2009
Nama Puteriku
Sekadar mengesahkan kembali nama anak sulong saya.
Khadijah Mukhlisah bte A. Ubaidillah
Saya tidak memasukkan Siti di hadapannya.

Sunday, November 01, 2009
TIGA MINGGU YANG KALUT DAN RIBUT

Alhamdulillah, selepas anak sulong saya berumur 20 hari barulah saya menemukan ruang dan keinginan untuk mencatat di blog. Sebetulnya sewaktu anak saya dilahirkan, saya sedang sibuk menyelaras beberapa program besar.
Dalam minggu pertama kelahiran, saya sibuk menguruskan hal-hal anak. Bermula dari nama dan surat beranak. Barang-barang keperluan isteri dan hal urut-mengurut. Ia melibatkan kos yang besar.
Selepas seminggu, saya pula bergegas mengikuti seminar ESQ 165 di Perdana Resort selama tiga hari. Selesai sahaja ESQ, saya perlu menganjurkan program untuk kakitangan PKINK di perdana resort selama dua hari. Saya menjadi pengarah program dan melibatkan anggota terpilih dari syarikat anak dan juga ibu pejabat PKINK. Ia adalah proses yang tidak begitu memenatkan tetapi memerlukan ketelitian masa dan arahan yang tepat.
Minggu lepas, saya dijemput secara 'tiba-tiba' untuk menghadiri forum di USM bersama tajuk 'LOVE IS CINTA? Hmmmm' digandingkan bersama dua panelis iaitu Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari dan Ustazah Mazidah. Pada 7hb november ini, saya akan ke Besut untuk satu majlis forum kesihatan jika tiada aral. Insya allah.
Doakan saya dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)